PPV sekolah bantu percepatkan pelaksanaan PICKids

PPV sekolah bantu percepatkan pelaksanaan PICKids

ROSE NANI MUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memperluaskan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ke sekolah-sekolah di Sabah.

Langkah itu bagi memastikan proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menjadi lebih mudah dan dapat dipercepatkan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, sejak 12 Februari lalu, jabatan itu mula membuka pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah agar pelaksanaan PICKids ini dapat dijayakan.

“Susulan peratusan kanak-kanak yang mengambil vaksinasi di Sabah masih lagi rendah maka, kita membawa perkhidmatan vaksinasi ini ke sekolah. Kita mahu memberi peluang kepada semua orang sama ada di kawasan pedalaman dan bandar untuk mendapat vaksin.

“Terdapat 251 PPV terdapat di Sabah termasuk 109 klinik kesihatan untuk mereka datang secara terus (walk-in) mahupun PPV awam yang dibuka seluruh Sabah,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di Likas hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, semua keputusan bergantung kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mengambil vaksin.

Secara keseluruhan terdapat 1,705 sekolah rendah yang terdapat di negeri ini dan PPV akan dibuka mengikut permintaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdasarkan keperluan sekolah-sekolah di daerah tertentu.

Katanya, JKNS sudah berhubung dengan Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Dr. Mistirine Radin untuk masuk ke sekolah-sekolah sama ada melalui pembukaan PPV berkelompok iaitu menggabungkan beberapa sekolah mahupun mengikut setiap sekolah.

Pembukaan PPV di sekolah ini akan membolehkan proses pemberian vaksin lebih teratur kerana ia membabitkan pelajar sekolah rendah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.