Pondok usang jadi stor simpan rokok seludup

Pondok usang jadi stor simpan rokok seludup

SEBUAH pondok usang yang dijadikan stor penyimpanan rokok seludup dibongkar PPM Wilayah Dua selepas melakukan intipan di Sri Pantai, Mersing di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Satu sindiket penyeludupan dikesan menjadikan sebuah pondok usang di dalam ladang kelapa sawit di Sri Pantai, di sini sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

Tindakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa itu bagaimanapun terbongkar susulan intipan dan risikan dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah (PPM) Dua.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya yang membuat pemantauan di kawasan persisiran pantai daerah Mersing menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Katanya, sebuah kenderaan awam dikesan memasuki ke kawasan ladang sawit di Sri Pantai dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota risik PPM Wilayah 2 telah pergi ke lokasi yang dinyatakan, tetapi tidak menemui sebarang kenderaan namun telah menjumpai sejumlah kotak dan rokok yang dipercayai tidak bercukai kastam yang diletakkan di sebuah pondok usang.

“Tiada individu yang datang mengambil rokok berkenaan setelah intipan dijalankan selama satu jam setengah oleh anggota PPM tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Zailani berkata, pihaknya merampas rokok yang dipercayai tidak bercukai kastam tersebut dan dibawa ke Pejabat PPM Wilayah Dua. 

Ujarnya, anggaran kasar nilai rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM20,400 dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya