PN muktamad calon PRN Johor minggu depan - Utusan Malaysia

PN muktamad calon PRN Johor minggu depan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dijangka memuktamadkan senarai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah diadakan bersama parti-parti rakan komponen melibatkan Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan,” katanya kepada pemberita di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Menara PGRM, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Cha.

Media sebelum ini melaporkan, PN dijangka bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

Ketika ditanya calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyifatkan, PN Johor mempunyai terlalu ramai calon berkelayakan di negeri itu untuk dipilih.

“Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya