PM, isteri lawat Pusat Jagaan King George sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

PM, isteri lawat Pusat Jagaan King George sempena Tahun Baharu Cina

ISMAIL Sabri Yaakob dan isteri meluangkan masa beramah mesra bersama penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau ditemani isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

“Garis wajah mereka menunjukkan pelbagai pengorbanan, namun terselit kasih sayang yang amat besar di sebalik senyuman.

“Kasihilah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada. Kasih mereka tiada galang gantinya.

“Terima kasih Pusat Jagaan King George V yang menjaga mereka dengan amat baik. Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya