JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan menggunakan imej Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ‘pelaris’ ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Tun Mahathir tetap dilihat sebagai figura yang mempunyai aura tersendiri dan mampu untuk menarik sokongan serta berupaya menambah keyakinan rakyat bagi memilih parti itu. Katanya, dengan meletakkan imej bekas Perdana Menteri itu yang disayangi oleh rakyat…










