Pas Sabah belum putuskan jumlah kerusi PRU-15 - Utusan Malaysia

Pas Sabah belum putuskan jumlah kerusi PRU-15

ALIAKBAR Gulasan (dua kiri) mengagihkan limau Mandarin kepada komuniti Cina di Inanam, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pas Sabah belum memutuskan bilangan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, mereka tidak mahu terlalu berpolitik dengan menentukan jumlah kerusi dan kawasan yang akan ditandingi sebaliknya, mahu memberi fokus kepada usaha membantu rakyat.

“Kita sentiasa menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Malah, kawasan yang tiada Pas seperti Kota Marudu dan Pitas, kita bantu semasa banjir.

“Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff juga turun padang bagi memberi bantuan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan sambutan Tahun Baharu Cina Pas Sabah di Pejabat Pas Sepanggar.

“Saya ingat di peringkat Pas Sabah biarpun secara strategiknya mungkin ada dibincangkan (jumlah kerusi) namun, bukan keutamaan untuk kita fikirkan soal pilihan raya dan menentukan kawasan,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik itu berkata, Pas Sabah akan menghantar sejumlah jentera yang diperlukan bergantung kepada bilangan kawasan yang dijaga oleh mereka di Johor.

Pada masa ini, Pas Sabah masih menunggu keputusan Pas Pusat mengenai kerjasama antara Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, difahamkan rundingan masih terus dijalankan dan sekiranya sudah ada keputusan maka, Pas Sabah sepertimana PRN Melaka akan menghantar sejumlah jentera yang diperlukan.

Pada PRU-14, Pas Sabah hanya bertanding di 26 kerusi DUN namun, tidak meletakkan sebarang calon bagi kerusi Parlimen.

Walau bagaimanapun, semasa PRN Sabah pada September 2020, Pas tidak bertanding sebarang kerusi DUN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya