Bila teringat kisah yang satu ini, memang Poklip tergelak sendiri. Macam kelakar sangat. Tetapi realiti kehidupan sekarang, memang tak semuanya tulen.
Poklip tak cakap soal jantina, cuma ada yang menyampai cerita tentang pelakon seorang ini. Kalau tengok di Instagram, kehidupannya memang nampak mewah. Kaya raya!
Tetapi rupanya, semua itu hanyalah sandiwara. Dalam erti kata lain, barangan dan kehidupannya itu semua fake! Tiruan dik. Alamak betul ke?
Kata si polan itu, pelakon itu memang mahu menunjukkan kehidupan mewahnya. Almaklumlah, dia pun bersahabat baik dengan ramai pempengaruh yang sedia maklum memang kaya raya.
Jadi untuk setaraf dengan kawan-kawannya, dia sanggup membeli pakaian, tas tangan dan kasut berjenama mewah namun tiruan. Semata-mata untuk media sosial.
Malah, dia juga menampilkan gaya hidup yang serba mewah sehingga ada peminat yang mempersoalkan dari mana datang duitnya? Sebab dia pun tidaklah popular mana.
Kalau nak kata sendu tidak, nak kata popular pun tidak. Cukup kita label dikenali ramai. Tetapi itulah, tertanya-tanya juga kaya betul dia.
Tapi mungkin itu hasil pemberian ibu bapa atau ahli keluarga. Kita mana tahu, pandai-pandai buat cerita. Mungkin satu hari ini dia boleh tayang semua resit pembelian. Baru ternganga semua orang nanti!
Tapi baru-baru ini, pelakon ini ada hadir ke sebuah majlis memakai baju berjenama mewah. Poklip nak tanya, beli di mana itu?- UTUSAN ONLINE