Op Selamat: 41 saman dikeluarkan di Dungun - Utusan Malaysia

Op Selamat: 41 saman dikeluarkan di Dungun

antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tidak memakai tali pinggang keledar, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak 41 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam tempoh kira-kira dua jam Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di Kilometer 76 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah tidak memakai tali pinggang keledar, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.

Katanya, operasi yang bermula pukul 4 petang itu melibatkan seramai 20 anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di samping Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Pemeriksaan dilakukan terhadap 90 kenderaan dan 110 individu. Dalam operasi itu, JPJ turut mengeluarkan 37 saman dan daripada sembilan individu yang disaring, seorang didapati positif methamphetamine,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN