Mazlan Bujang sertai Warisan? - Utusan Malaysia

Mazlan Bujang sertai Warisan?

MOHD. Shafie Apdal hadir sempena majlis pelancaran Parti Warisan di Taman Sutera, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang dijangka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Hal itu terbongkar selepas gambarnya dipaparkan seketika di skrin besar semasa Majlis Pelancaran Parti Warisan Johor, di Taman Sutera, di sini malam tadi.

Gambar yang hanya tertera untuk beberapa saat menunjukkan gambar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkenaan dengan jawatan yang tertulis sebagai Koordinator Johor.

Terdahulu, tampil berucap adalah dua Koordinator Johor iaitu Wong Siew Poh dan Datuk Datuk Sunther Subramaniam.

Kemudian sebelum Ketua Koordinator Johor, Suhaimi Salleh tampil berucap, skrin besar memaparkan gambar Mazlan beberapa saat, dipercayai akibat kesilapan teknikal.

Program berkenaan dihadiri Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berserta seramai kira-kira 1,000 ahli dan penyokong mereka.

Terdahulu, Mazlan mengumumkan beliau keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta bersama 23 individu lain termasuk yang memegang jawatan sebagai Ketua cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau sebelum ini.

Mazlan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa ini namun akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan mewujudkan kerajaan negeri stabil dan kepimpinan diyakini. Ini kerana dua kegagalan kepimpinan Menteri Besar terdahulu dilihat gagal mentadbir Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya