Malaysia berpotensi lahir pakar, jurutera pertahanan 

Malaysia berpotensi lahir pakar, jurutera pertahanan 

TEMEL Kotil memberi penerangan semasa sesi lawatan media ke ibu pejabatnya di Ankara, Turki, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA, TURKI: Malaysia berpotensi untuk melahirkan jurutera dalam bidang pertahanan termasuk membabitkan pembuatan pesawat tempur pada masa depan.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pertahanan Turkish Aerospace Industries (TAI), Prof. Temel Kotil turut memberi jaminan untuk melahirkan lebih ramai pakar dan jurutera dalam bidang pembuatan pesawat di Malaysia pada masa depan

Katanya, setakat ini TAI telah menyediakan kursus kejuruteraan dalam bidang berkaitan kepada  lebih 10 rakyat Malaysia selama dua bulan yang dijangka akan bermula April nanti.

“Kami memerlukan individu intelektual dan muda yang mampu membangunkan sistem canggih.Di malaysia ada universiti yang terbaik.

“Kita perlu ingat sesiapa sahaja boleh mempelajari perkara berkaitan teknologi dan dunia sudah berubah.Teknologi bukan hanya sekadar di atas kerja dan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai  kemudahan pendidikan,” katanya kepada delegasi media Malaysia semasa lawatan  di ibu pejabatnya di sini semalam.

TAI merupakan syarikat di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Turki yang kini dalam proses tender  bagi membekalkan pesawat tempur ringan, Hurjet kepada Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN