Majikan perlu beri ruang waktu pekerja keluar mengundi  - Utusan Malaysia

Majikan perlu beri ruang waktu pekerja keluar mengundi 

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Majikan perlu memberi ruang waktu yang munasabah kepada kakitangan bagi memastikan mereka dapat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, majikan tidak perlu untuk memberi cuti khas sehari kepada pekerja (pengundi) masing-masing bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan.

Namun beliau berkata, ada sebahagian majikan yang kebetulan beroperasi pada hari mengundi perlu memberi ruang sewajarnya kepada pengundi yang bekerja untuk keluar menunaikan tanggungjawab.

“Majikan mempunyai tanggungjawab untuk tidak menghalang pekerja mereka sebagai pengundi berdaftar untuk mengundi pada hari berkenaan. Tempoh masa bersesuaian dan munasabah antara satu hingga dua jam boleh diberikan.

“Contohnya, sebahagian masuk bekerja lewat sedikit untuk mengundi pada sebelah pagi, menggunakan waktu rehat atau pulang awal dari pejabat, ladang, pasar raya atau kilang sebelum pusat pengundian ditutup,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Segamat semalam.

Norshida berkata, masalah lokasi pengundian jauh bukanlah bebanan di pihak majikan kerana sebagai pengundi yang bertanggungjawab, pekerja tentunya telah mengemas kini lokasi tempat pengundian terdekat berdasarkan alamat tempat tinggal terkini.

Tambahnya, pekerja perlu bertanggungjawab pulang segera bertugas sebaik sahaja selesai mengundi kerana jika dua jam pelepasan diberikan, syarikat sudah pun kehilangan kira-kira 25 peratus produktiviti kerja.

“Namun, jika majikan mampu dapat memberi kelonggaran dan tidak ketara menjejaskan pengurusan serta produktiviti, pekerja yang bersetuju boleh mengambil cuti tahunan masing-masing untuk membolehkan mereka mengundi dengan selesa tanpa perlu mengejar masa kembali ke tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, pemakluman awal berkenaan tarikh PRN juga membolehkan majikan serta pengundi mempunyai masa secukupnya merancang masa.

“Ia juga seharusnya tidak berlaku permasalahan kepada penjawat awam kerana tarikh mengundi tersebut jatuh pada hari cuti hujung minggu (Sabtu),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya