Lelaki terselamat, kaki dibaham buaya ketika cari lokan - Utusan Malaysia

Lelaki terselamat, kaki dibaham buaya ketika cari lokan

KECEDERAAN kaki dialami mangsa akibat dibaham buaya-IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU :  Seorang lelaki hampir kehilangan kaki akibat dibaham buaya semasa mencari lokan di Sungai Giling, Tuaran dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan tidak menyedari kehadiran buaya di sekitar kawasan tersebut lalu terpijak buaya yang kemudian membaham kaki kirinya.

Mangsa difahamkan bertarung dengan buaya itu selama beberapa minit sebelum berjaya melepaskan diri.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kiri dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Mohd. Hamizi Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan di Hospital Tuaran.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya