Lelaki hilang terjun jambatan  - Utusan Malaysia

Lelaki hilang terjun jambatan 

TANGKAP layar daripada video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai terjun ke dalam Sungai Klang dari Jambatan Raja Muda di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Raja Muda di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu disedari orang awam yang ternampak mangsa terapung di sungai tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.05 pagi.

Katanya, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja serta Sungai Pinang dikerah dalam operasi berkenaan.

“Gerakan mencari lelaki yang tidak dikenal pasti identiti itu giat dijalankan di sekitar kawasan tersebut. Namun, operasi pencarian belum menemukan mangsa dan terpaksa dihentikan  pukul 7 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

“Kita akan menyambung semula operasi berkenaan pagi esok,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 23 saat tular memaparkan orang awam terkejut melihat seorang lelaki yang tidak berbaju terapung di sungai berkenaan. Orang ramai kemudian cuba berkali-kali memanggil lelaki berkenaan namun masih tiada sahutan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN