Lelaki dipenjara enam bulan sebar maklumat palsu kononnya lelaki berceloreng menyusup masuk Sabah - Utusan Malaysia

Lelaki dipenjara enam bulan sebar maklumat palsu kononnya lelaki berceloreng menyusup masuk Sabah

IDRIS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan menyebarkan maklumat palsu mengenai sekumpulan lelaki warga asing berpakaian celoreng dan bersenjata api menyusup masuk ke Long Patau, Tambisan.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kerana menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kegusaran orang awam.

Majistret, Ryan Sagiran Rayner menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh didapati bersalah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai kehadiran kumpulan lelaki bersenjata api pada minggu lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan tertuduh diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi tindakan lanjut selepas tamat menjalani hukuman.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen.

Justeru itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah menasihatkan orang awam supaya memberi maklumat yang sahih kepada mana-mana agensi penguat kuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Maklumat dengan maksud serong seumpama kes ini boleh menimbulkan kegusaran awam termasuk pihak berkuasa.

Sebelum ini, Idris mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang petunjuk untuk membuktikan dakwaan terdapat sekumpulan lelaki warga asing berpakaian celoreng dan bersenjata api menyusup masuk ke Tambisan, Lahad Datu pada 28 Januari lalu.

Menurutnya, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menjalankan tindakan dari sudut risikan dan penyiasatan, mereka mendapati tidak ada sebarang pentunjuk tentang dakwaan tersebut.

Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dan lain-lain pasukan keselamatan sentiasa memberi perhatian tentang keselamatan di pantai timur Sabah dan Sabah keseluruhannya daripada sebarang ancaman luar.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya