Kereta sarat muatan petrol terbabas - Utusan Malaysia

Kereta sarat muatan petrol terbabas

TONG berisi petrol yang ditemukan dalam sebuah kereta yang terbabas di Tendong, Pasir Mas, Kelantan semalam. - IPD PASIR MAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebuah kereta membawa 38 tong pelbagai saiz berisi petrol dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, merempuh pembahagi jalan di depan sebuah pasar raya di Tendong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 11.20 pagi, anggota bertugas mendapati kereta jenis Proton Wira Aeroback terbabas dan tersadai di atas pembahagi jalan.

“Orang ramai memberitahu, pemandunya melarikan diri menaiki kereta Perodua Myvi bernombor plat JKQ 6565 berwarna kelabu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 38 tong plastik pelbagai saiz berisi petrol yang disyaki mahu diseludup ke negara jiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya