Kerajaan Selangor jual ayam RM8 sekilogram - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor jual ayam RM8 sekilogram

AMIRUDIN Shari mengangkat ayam segar yang dijual pada harga RM8 sekilogram di Wisma PKPS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjual ayam pada harga RM8 sekilogram dan ditetapkan di semua premis jualan seliaannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilancarkan bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat bekalan secukupnya ayam segar berkualiti pada harga berpatutan.

“Kerajaan negeri menyambut baik penurunan harga siling ayam standard sebanyak 20 sen kepada RM8.90 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). “Bagaimanapun, mekanisme kawalan harga di premis seliaan PKPS dapat menurunkan lagi harga siling tanpa melibatkan implikasi kewangan yang tinggi. Dana sebanyak RM1 juta untuk inisiatif ini turut diwujudkan,” katanya ketika meninjau jualan ayam murah yang dianjurkan di Wisma PKPS hari ini.

Justeru, penduduk di negeri ini boleh mendapatkan bekalan ayam mentah pada harga berkenaan di pasar terlibat termasuk Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan serta Wisma PKPS di sini.

Beliau menambah, fokus utama pihaknya adalah untuk mengurangkan beban kenaikan harga barang menerusi intervensi kerajaan dengan langkah permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam dipasarkan p PKPS di lokasi yang ditetapkan.

“Selepas ini kita akan mengadakan jualan dengan harga yang ditetapkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lokaliti terpilih. Bekalan ayam untuk inisiatif ini saya pasti cukup, cuma masalah harga sahaja yang berbeza dengan harga ayam di pasaran,” ujarnya.

Mengulas mengenali bekalan telur ayam, buat masa ini bekalannya telah pulih di negeri ini cuma statistik pengeluaran mengikut gred sahaja belum dapat dipastikan dengan tepat. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN