Kementerian Kesihatan nafi keluar saranan warga emas tidak keluar mengundi PRN Johor - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan nafi keluar saranan warga emas tidak keluar mengundi PRN Johor

TANGKAP layar Kementerian Kesihatan menafikan keluar saranan warga emas tidak keluar mengundi PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menafikan pihaknya mengeluarkan saranan supaya warga emas tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Justeru, kementerian berkenaan meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu yang dikesan mula tersebar di media sosial baru-baru ini.

“Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan saranan kesihatan PRN Johor seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.

“Orang ramai diharap tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tangkap layar menggunakan jata Malaysia dan nama Kementerian Kesihatan tersebar di aplikasi media sosial.

Ia memberi peringatan mengenai individu berusia 60 tahun disarankan supaya tidak keluar mengundi bagi mencegah penyebaran Covid-19 kalangan warga emas.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN