KDNK 2021 catat 3.1%, langkah kerajaan buahkan hasil 

KDNK 2021 catat 3.1%, langkah kerajaan buahkan hasil 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan langkah dilaksanakan kerajaan untuk menangani krisis ekonomi semakin membuahkan hasil apabila prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2021. 

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan sosial serta permintaan domestik dan luar yang tinggi akan terus mendorong pertumbuhan.

“Kerajaan akan memastikan unjuran pertumbuhan ekonomi di antara 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus bagi tahun 2022 tercapai. 

“Paling penting adalah pertumbuhan ekonomi ini dapat dinikmati semua lapisan rakyat dengan peningkatan sumber pendapatan dan mengekang kenaikan inflasi. 

“Insya-Allah dengan perancangan yang teliti dan kerjasama seluruh Keluarga Malaysia hasrat ini akan tercapai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia mengumumkan KDNK pada 2021 sebanyak 3.1 peratus sejajar dengan unjuran kerajaan iaitu antara tiga dan empat peratus. 

Keputusan itu adalah peningkatan berbanding tahun 2020 apabila KDNK menguncup sebanyak 5.6 peratus. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN