JKM cari wanita waris dua remaja - Utusan Malaysia

JKM cari wanita waris dua remaja

SEORANG wanita sedang dikesan JKM bagi menyelesaikan isu pendaftaran kelahiran dan hak penjagaan terhadap Mohd. Adam dan Siti Sarah yang kedua-duanya merupakan warga Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua remaja termasuk warga Indonesia dicari warisnya iaitu seorang wanita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu siasatan terhadap isu penjagaan dan pendaftaran kelahiran.

JKM dalam satu kenyataan memaklumkan, waris kepada Mohd. Adam, 14, dan Siti Sarah, 13, ditinggalkan seorang wanita dipercayai ibunya, Purwanti kepada suaminya sebelum lelaki berkenaan meninggal dunia.

“Pada tahun 2019, bapa mereka meninggal dunia dan sejak itu dua remaja ini dijaga abang kepada bapa kanak-kanak (bapa saudara) sehingga kini. Bapa saudara remaja berkenaan kemudian membuat aduan ke pejabat JKM berikutan masalah sijil lahir mereka yang masih tidak diuruskan serta mendapatkan hak penjagaan sah terhadap mereka,” katanya hari ini.

Oleh demikian, bagi menyelesaikan masalah tersebut, JKM membawanya ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara sehingga Purwanti tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Mereka yang mengenali dua remaja ini atau waris mereka boleh menghubungi Pelindung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587. Pendengaran kes mereka di mahkamah telah ditetapkan pada 17 Mac,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN