SEPANG: Tidak sabar untuk menunaikan ibadah umrah dan pada masa sama bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Itu antara reaksi bakal jemaah umrah tempatan yang akan berlepas ke Tanah Suci Mekah selepas kerajaan membenarkan semula perjalanan ibadah itu, bermula hari ini. Bagi Sabree Ahmad, 63, berasal dari Bota, Perak, dia sedar kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika ini, namun hanya mampu berserah dan tawakal kepada Allah SWT. “Saya dan isteri, Che Yoon…










