Jalan pesisir Pantai Seberang Takir-drawbridge tutup tiga hari 

Jalan pesisir Pantai Seberang Takir-drawbridge tutup tiga hari 

Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga ke j drawbridge ditutup di kedua-dua hala selama tiga hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga ke jambatan angkat atau drawbridge di sini ditutup di kedua-dua hala selama tiga hari bermula Ahad ini. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan aktiviti mereka di kawasan muara utara drawbridge. 

Katanya, langkah berkenaan dalam masa sama bagi mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan itu. 

“Laluan itu ditutup dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Ahad dan Isnin bagi acara raptai manakala Selasa pula, penutupannya dari pukul 7. 30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Semua pengguna jalan raya dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar dan sebaliknya, dinasihatkan agar menggunakan laluan di Jambatan Sulfan Mahmud sepanjang tempoh penutupan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Abdul Rahim berkata, orang ramai turut disarankan merancang perjalanan supaya tidak mengalami sebarang kesulitan  di samping mematuhi segala arahan ditetapkan anggota polis bertugas.

mercu tanda ikonik Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2020. Ia sekali gus membuka lembaran baharu kepada trend kedatangan pelancong ke negeri ini.

Jambatan ala ‘London Bridge’ itu bukan sahaja berjaya menarik pengunjung tempatan dan luar negara berikutan bahagian tengahnya (bascule) boleh diangkat untuk laluan kapal malah turut menjadi tumpuan penggemar fotografi merakamkan panorama indah bandar raya Kuala Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya