Industri pelancongan Melaka tekan ‘butang’ berjaga-jaga 

Industri pelancongan Melaka tekan ‘butang’ berjaga-jaga 

MUHAMMAD Jailani Khamis bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery, Banda Hilir, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain industri pelancongan Melaka mengaktifkan semula mod berjaga-jaga dan mengetatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak melihat sebarang keperluan pembaikan terhadap SOP sedia ada. 

Jelasnya, pemain industri akan terus memberikan perkhidmatan dengan senyuman, namun para pelancong digesa mengikuti SOP ditetapkan. 

“Keadaan di Melaka masih terkawal tetapi pengunjung ini tolonglah patuhi SOP, kita tidak mahu berkeras, macam mana awak nak gembira datang ke Melaka kalau orang yang berniaga marah-marah?

“SOP sedia ada sudah bagus, yang tinggal hanya pelaksanaannya dan macam kita cakap, kita akan layan dengan senyuman, namun pemain industri kena laksanakan (pematuhan) dengan bijak,” katanya selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebarang keputusan untuk penambahan etika atau pengamalan baharu dalam SOP sedia ada juga dilihat akan membebankan kedua-dua pihak. 

“Saya tak nak tambah SOP yang akan memberatkan peniaga dan akhirnya menyusahkan para pengunjung juga. SOP sedia ada sudah efektif, cuma pelaksanaan dan kawal selia, pemantauan kena ada,” katanya. 

Terdahulu, pada program itu seramai 40 pengusaha kopi tempatan berkumpul untuk mempromosikan jenama minuman masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN