Jabatan Imigresen buru seorang lelaki Bangladesh

Imigresen buru lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang awam untuk menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jabatan itu menerusi kenyataan akhbar berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Md Hiru Rahman dengan nombor pasport BW0534491.

“Alamat terakhir lelaki terbabit adalah sebuah kedai di No. 29G, Tingkat Bawah, Jalan 1/3A, Pasar Borong Selayang, Pusat Bandar Utara, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) jabatan itu, Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Beliau boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini