PETALING JAYA: Bukan sahaja akaun disekat atau harta disita, bekas suami atau suami yang didapati gagal dan masih culas membayar tunggakan nafkah anak-anak boleh dikenakan hukuman penjara. Bercakap Utusan Malaysia, peguam syarie, Nurul Syafawani Rahim berkata, perkara itu termaktub di bawah Seksyen 182 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 apabila mahkamah boleh selepas mendengar penghutang penghakiman untuk membuat suatu perintah pengkomitan (penjara) bagi tempoh tidak melebihi tiga puluh…










