Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor hingga Ahad - Met Malaysia

Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor hingga Ahad – Met Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangkal berlaku di Pantai Timur dan Johor.

Menurutnya, hujan berterusan peringkat waspada itu diramal berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Ahad ini. 

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing) sehingga Ahad, 13 Februari. 

“Amaran Hujan Berterusan (peringkat Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Sementara itu, Met Malaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 8 malam esok. 

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  di negeri Sarawak: Kuching, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri); Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 8:00 malam; Jumaat, 11 Februari. 

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya