Gelandangan dirai sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Gelandangan dirai sempena Tahun Baharu Cina

AZLIN Ali (tengah) meraikan gelandangan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Gelandangan Dapur Kausar, Jalan Kapitan Tam Yeong, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini, seramai 120 orang gelandangan diraikan di Pusat Gelandangan Dapur Kausar di Jalan Kapitan Tam Yeong di sini hari ini.

Pengurus pusat gelandangan tersebut, Azlin Ali berkata, program tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan pihaknya dan tahun ini semua gelandangan diraikan dengan jamuan yang dihidangkan secara bufet.

“Ini merupakan tahun ketiga kami meraikan gelandangan ini sempena Tahun Baharu Cina, kali ini kami adakan sedikit kelainan dengan menyediakan makanan secara bufet bagi memeriahkan suasana.

“Tradisi masyarakat Cina di negara ini yang menjamu Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina juga kami sediakan untuk gelandangan yang hadir.

“Mereka juga kami sediakan beg cenderamata, saya harap mereka gembira dan tidak bersedih kerana kebanyakan daripada mereka sudah tidak lagi berkeluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Azlin berkata, selain menyediakan makanan kepada gelandangan di bandar ini pada setiap hari, Pusat Gelandangan Dapur Kausar juga turut menyediakan kelas mengaji al-Quran kepada gelandangan mualaf dan juga golongan transgender.

“Selain memberi makanan secara percuma kepada gelandangan di sini, kami juga turut menyediakan kelas al-Quran kepada mereka. Pusat ini serba sedikit memberi peluang untuk mempelajari ilmu agama kepada mereka yang disisihkan keluarga,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya