Gangguan seksual: Ebit didakwa hari ini?  - Utusan Malaysia

Gangguan seksual: Ebit didakwa hari ini? 

ABD. JALIL HASSAN mengesahkan seorang pendakwah terkenal akan didakwa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ebit Lew  dipercayai akan dihadapkan ke mahkamah, hari ini berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Sumber berkata, prosiding bacaan kali pertama kes gangguan seksual dipercayai berlangsung di Mahkamah Tenom, Sabah. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

Beliau yang kini juga berada di Sabah akan mengeluarkan kenyataan akhbar selepas pertuduhan selesai. 

“Ya, saya berada di Tenom untuk selia kes ini. Akaj buat kenyataan akhbar selepas pertuduhan,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp. 

Pada 3 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasata  kes gangguan seksual melibatkan Ebit hampir lengkap. 

Abd. Jalil dilaporkan berkata, pihaknya hampir melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk semula kepada pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kita telah hantar ada yang perlu diperbetulkan sebelum dihantar semula ke AGC dalam masa terdekat.

“Proses itu memang di peringkat akhir dan kita akan selesaikan secepat mungkin,” ujarnya.

Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal berusia 37 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.