Federer masih mahu bermain - Utusan Malaysia

Federer masih mahu bermain

ROGER Federer.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS : Bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer masih belum menyerah kalah dalam usaha membuat kemunculan semula dalam gelanggang kompetitif meskipun dibelenggu kecederaan serius dan sedang menjalani proses pemulihan sejak tahun lalu.

Federer yang gagal membuat sebarang kemunculan sejak Ogos setelah melakukan pembedahan lutut mengakui memerlukan masa sekurang-kurangnya hingga April depan sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Namun, pemain berusia 41 tahun kelahiran Switzerland itu masih enggan mengalah kerana percaya masih memiliki kudrat serta kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Roger FEDERER.

“Saya anggap tempoh tiga bulan akan datang cukup penting dalam proses pemulihan sekaligus menghidupkan kembali karier saya. Secara jujur, buat masa ini tiada perkembangan terbaru kerana saya masih belum dibenarkan untuk menjalani latihan walaupun hanya berlari.

“Jika ia dapat dilakukan dalam masa terdekat, mungkin saya boleh mula turun ke gelanggang untuk melakukan latihan yang lebih komprehensif dan saya memberi jangka waktu sehingga April atau Mei ini untuk berbuat demikian.

“Apa yang pasti, saya masih cukup bermotivasi tetapi apa yang penting ketika ini adalah mendengar nasihat daripada pegawai perubatan yang mahu saya pulih sepenuhnya kerana enggan kecederaan sama berulang pada masa depan,” katanya.

Rekod Federer yang sebelum ini menjuarai 20 kejuaraan Grand Slam telah dipecahkan minggu lalu susulan kemenangan seteru tradisi, Rafael Nadal yang menjuarai Terbuka Australia sekaligus menjulang trofi ke-21 peribadinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN