Enam pemandu mabuk ditahan - Utusan Malaysia

Enam pemandu mabuk ditahan

RAUB Selamat memeriksa cukai jalan sebuah kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai enam pemandu mabuk ditahan dalam Op Selamat 17 dan Op Ambang Tahun Baharu Cina 2022 yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di dua lokasi berasingan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, enam pemandu berusia 40 hingga 50 tahun itu ditahan di Sekatan Jalan Raya di Kilometer (KM) 11 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi dan KM 21 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini.

Beliau berkata, dalam operasi bermula 8 malam itu, 63 anggota dan pegawai polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 126 individu dan sebanyak 97 kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JBS telah menangkap enam lelaki tempatan yang didapati memandu kenderaan masing-masing dibawah pengaruh alkohol. Selain itu, sebanyak 46 keping saman POL.257 dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan dalam operasi tersebut,” katanya di sini hari ini.

Raub berkata, individu yang ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan disiasat dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM30,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi yang dijalankan itu turut bermatlamat untuk memantau aktiviti pembakaran mercun semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, katanya, tumpuan juga diberikan kepada pencegahan kejadian jenayah pecah rumah, memantau pusat hiburan yang beroperasi melebihi masa dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah serta melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya