Empat kanak-kanak mangsa bot terbalik dirawat di PICU, seorang di ICU - Utusan Malaysia

Empat kanak-kanak mangsa bot terbalik dirawat di PICU, seorang di ICU

KEJADIAN bot terbalik berhampiran Jeti Kuala Besut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Empat kanak-kanak yang lemas akibat kejadian bot terbalik berhampiran Jeti Kuala Besut di Besut semalam, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, dua daripada mereka diberikan bantuan pernafasan manakala baki dua lagi memerlukan bantuan oksigen.

Katanya, S

“Bagi mangsa dewasa pula, seorang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala baki seorang lagi ditempatkan di wad biasa di hospital sama.

“Kesemua tujuh mangsa yang berusia antara empat hingga 70 tahun itu bagaimanapun dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, seramai 10 individu cedera selepas bot pelancong dinaiki mereka bertembung dengan bot nelayan di muara Sungai Besut berhampiran jeti.

Pelanggaran itu menyebabkan bot yang membawa 29 pelancong termasuk dua awak-awak itu terbalik.

Kesemua pelancong yang menggunakan perkhidmatan day trip itu dikatakan berlepas ke Pulau Perhentian pada pukul 9 pagi sebelum bertolak balik ke jeti Kuala Besut pada pukul 2.30 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya