ECRL: Pengambilan tanah di Terengganu, Pahang capai 89 peratus

ECRL: Pengambilan tanah di Terengganu, Pahang capai 89 peratus

DARWIS ABDUL RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Proses pengambilan tanah bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini dan Pahang sudah mencapai kemajuan sebanyak 89 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerja-kerja itu giat dijalankan secara berfasa dan dijangka selesai hingga akhir tahun depan.

Katanya, fasa satu bagi pengambilan tanah melibatkan jajaran utama manakala fasa dua pula adalah stesen RUB dan ‘spur line’. 

“Untuk jajaran utama, setakat ini kita mencapai 89 peratus pengambilan tanah di Terengganu dan Pahang manakala di Kelantan sudah selesai.

“Ada sesetengah kawasan di Terengganu, perbicaraan tanah masih lagi berjalan dan saya mengharapkan komitmen semua pihak terutama kerajaan negeri bagi melancarkan projek ECRL,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Keluarga Malaysia, Program Khidmat Bakti Masyarakat Bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas di sini hari ini. 

ECRL sepanjang 665 kilometer yang merangkumi 59 terowong dan beberapa jejambat itu dijadualkan siap pada Disember 2026 dengan kos bernilai RM50.27 bilion.

Sementara itu, Darwis berkata, kemajuan projek mega berkenaan di keseluruhan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor pada masa ini adalah sebanyak 27.19 peratus.

“Di Terengganu, pelaksanaan projek ECRL berjalan lancar dan sudah mencapai tahap 25.76 peratus setakat Januari ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya