Dana MITRA: SPRM cadang tuduh terhadap 10 kertas siasatan - Utusan Malaysia

Dana MITRA: SPRM cadang tuduh terhadap 10 kertas siasatan

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10 kertas siasatan membabitkan penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk cadangan pendakwaan.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada DPP untuk meneliti fakta kes dan menyemak kertas siasatan itu.

Kata beliau, pegawai penyiasat berkaitan sudah mengadakan perbincangan dengan DPP dan SPRM masih menunggu maklum balas daripada mereka.

“Saya dah minta DPP agar mereka cepatkan dan kami berharap ia boleh dibawa ke mahkamah tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui dalam wawancara khas Putrajaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Azam, siasatan terhadap kes itu masih giat dijalankan bagi mendapatkan lebih ramai individu yang terlibat.

“Siasatan terus berjalan dan sebelum cuti Raya Cina lagi kita sangat agresif dapatkan saksi,” ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, SPRM menahan 18 individu membabitkan 10 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana MITRA.

Bulan lalu, SPRM menjalankan satu lagi siri tangkapan membabitkan 22 individu di tujuh negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN