CBP mahu ubah imej bank orang kampung - Utusan Malaysia

CBP mahu ubah imej bank orang kampung

ZAZALI Haron (tengah) dan Pengerusi Co-op Bank Pertama, Datuk Baharom Embi (depan dua kiri) bergambar bersama anggota lembaga pengurusan CBP pada Majlis Ikrar dan Pengukuhan Integriti Anggota Lembaga Pengurusan dan Warga Kerja Co-op Bank Pertama di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah sudah matang dan berusia lebih 70 tahun, Co-opbank Pertama (CBP) bakal mengubah imejnya dan bukan sekadar dikenali sebagai bank orang kampung.

Perkara tersebut turut diakui sendiri oleh Pengerusinya, Datuk Baharom Embi setelah tiga bulan dilantik untuk menggantikan penyandang yang sebelumnya iaitu Kamari Zaman Juhari.

“Saya sudah berbincang dengan kepimpinan CBP dan kami memang ada merangka pelbagai perancangan untuk menukar persepsi lama ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar bersama-sama 60 orang pegawai kanannya. Yang hadir sama Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron dan wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Ahmad.

Mengulas lanjut, Baharom bagaimanapun tidak menolak proses penjenamaan semula CBP kerana sebelum ini ia lebih dikenali ramai dengan nama Bank Persatuan Malaysia Berhad.

“Bukanlah malu mengakui CBP macam bank kampung kerana ramai anggota kami dari luar bandar tetapi bagi saya, biarlah perkhidmatan kami berkualiti setanding bank lain,” jelasnya.

 Beliau merujuk pencapaian luar biasa CBP sehingga mendapat pujian SKM sendiri, malah banyak pihak menyifatkan bank koperasi ini mampu mengatasi institusi perbankan yang lain. Justeru, beberapa strategi disusun termasuk penambahbaikan sistem teknologi maklumat agar ia dapat memenuhi cabaran semasa yang berorientasikan digital dan mesra pelanggan.

 Pernah berkhidmat menerajui Tekun Nasional dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, beliau akan memanfaatkan pengalaman dirinya untuk menjadikan CBP disegani di Malaysia. Pada masa sama, CBP ujarnya merancang menambah banyak cawangan baharu di lokasi strategik yang berpotensi sebagai inisiatif mendekati pelbagai lapisan masyarakat setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya