Bomba hadapi kesukaran keluarkan mangsa maut kemalangan

Bomba hadapi kesukaran keluarkan mangsa maut kemalangan

JENGKAUT digunakan bagi mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dan maut di Jalan Imbak Canyon, Estate Luasong Kalabakan, Tawau semalam.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) daerah berhadapan kesukaran mengeluarkan mangsa tersepit yang maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Imbak Canyon, Estate Luasong Kalabakan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Julius John Stephen berkata, jentera pemadam api (FRT) dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian disebabkan keadaan jalan yang berlumpur.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan pada pukul 4.05 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak 84 kilometer dari balai.

Namun, anggota menghadapi kesukaran untuk masuk ke lokasi kerana keadaan jalan yang berlumpur.

Maka, sementara menunggu ketibaan kenderaan utiliti bomba, anggota di lokasi mengambil insiatif menumpang kenderaan pacuan empat roda milik orang awam untuk sampai ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa tersepit dalam lori yang terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan bantuan pasukan bomba sukarela Kalabakan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang dikenali sebagai Jamaludin Raga,50, berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seterusnya diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, lokasi yang agak terpencil menyebabkan operasi menyelamat mengambil sedikit masa kerana tiada liputan telefon dan rangkaian trunk radio bersepadu kerajaan (GIRN) dilokasi kejadian.- UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN