BN Sabah yakin bantu rampas empat kerusi DUN Johor

BN Sabah yakin bantu rampas empat kerusi DUN Johor

BUNG Moktar Radin (dua kanan) semasa menerima kawasan angkat bagi jentera BN Sabah di Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional  (BN)  Sabah bersedia manggalas tanggungjawab sebagai negeri angkat untuk merampas semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, BN/UMNO Sabah diberi tanggungjawab untuk membantu jentera parti di DUN Tiram, Putri, Permas dan Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, jentera BN Sabah diberi tanggungjawab untuk membantu jentera parti tempatan berkempen di semua kawasan DUN  berkenaan.

“Ia merupakan satu cabaran namun, kita yakin dengan semangat dan strategi serta  gerak kerja kempen yang tersusun, empat DUN ini akan dapat ditawan semula pada PRN Johor kali ini.

“Kita tidak perlu melihat keputusan PRU ke-14, kerana ketika itu fikiran rakyat telah dipesongkan dengan pelbagai fitnah dan propaganda pembangkang yang memainkan isu 1MDB, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan lain-lain.

“Namun setelah 22 bulan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) memerintah, rakyat dapat melihat kedua-dua kerajaan ini bukan sahaja gagall membangunkan negara malah, gagal menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya selepas majlis taklimat dan penyerahan negeri angkat jentera BN bagi PRN Johor semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Umno yang juga Pengarah PRN Johor, Datuk  Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Pasir Gudang, Datuk Mohamed Khaled Nordin serta pemimpin kanan BN yang lain.

Bung, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata, PRN kali ini agak mencabar kerana mereka bukan hanya berhadapan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tetapi juga, berhadapan dengan pengundi baharu yang terdiri daripada remaja berusia 18 hingga 21 tahun.

Justeru, PRN kali ini memerlukan makanisme serta pendekatan yang sesuai bagi menarik sokongan daripada anak muda yang mengundi buat kali pertama.

“Kita sudah bersedia menghadapi cabaran itu termasuklah menggunakan laman media sosial sebagai medium mendekati mereka,” katanya.

Tambah beliau, seramai 400 jentera BN/UMNO Sabah akan membantu jentera BN di Johor untuk memastikan kemenangan calon-calon BN di kawasan yang dipertangungjawabkan.

Bung Moktar turut mengingatkan jentera BN/UMNO Sabah agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta menjaga tatasusila sepanjang tempoh berkempen.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya