BN masih punyai kelebihan menang majoriti mudah - Utusan Malaysia

BN masih punyai kelebihan menang majoriti mudah

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kelebihan menang majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, meskipun dijangka mendapat tentangan sengit Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Parti-parti lain seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dilihat sukar untuk menandingi ketiga-tiga gabungan tersebut.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr. Mashitah Mohd. Udin berkata, kekuatan jentera BN yang lebih kukuh antara faktor parti tersebut lebih berpeluang dalam PRN Johor.

Katanya, kegagalan PH selama 22 bulan ketika memerintah termasuk gagal menunaikan manifesto juga akan menjadi salah satu kemungkinan pengundi memilih BN selain ingin menjamin kestabilan kerajaan negeri.

“Pengundi juga melihat PH khususnya PKR dan DAP sudah semakin hilang pengaruh. Parti-parti lain seperti Muda pula dilihat terlalu baru dan masih tidak mempunyai sebarang rekod.

“BN memenangi 19 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan dijangka tidak ada masalah mengekalkannya. Dalam PRU-13, BN menang 38 kerusi namun kehilangan 19 kerusi dalam PRU14. Kerusi yang kalah itu, dijangka mampu dirampas kembali BN pada PRN kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mashitah, BN perlu memberi lebih tumpuan kepada kerusi yang kalah sebelum ini bagi memastikan ia dapat dirampas semula.

“Misalnya, ada 13 kerusi yang BN kalah dibawah 3,000 undi dalam pertandingan dua penjuru dalam PRU-14, maka kali ini pertandingan tiga penjuru dijangka memberi kelebihan kepada BN menang mudah.

“Hal demikian kerana BN sudah ada rekod kemenangan, cuma perlu mendapatkan lebihan undi untuk tentukan kemenangan selesa,” katanya.

Katanya, jika dilihat PRN Johor agak unik apabila melibatkan parti memerintah iaitu BN dan PN bertembung sesama sendiri.

Menurutnya, seperti di Melaka, BN juga dilihat mempunyai kelebihan dan momentum kemenangan itu dijangka berterusan di Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN