Bersederhana sambut Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Bersederhana sambut Tahun Baharu Cina

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menasihatkan rakyat supaya bersederhana ketika meraikan Tahun Baharu Cina.

Baginda berdua turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19.

Dalam pada itu, sempena perayaan ini juga, Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin berharap perpaduan, toleransi dan keharmonian antara kaum terus erat melalui perayaan berkenaan.

“Di samping melestarikan budaya turun-temurun demi kelangsungan sahsiah diri generasi akan datang,” titah baginda menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda Sultan dan Tengku Permaisuri turut menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Selangor yang meraikan perayaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya