Bentuk komuniti digital yang harmoni - PM

Bentuk komuniti digital yang harmoni – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru Keluarga Malaysia memainkan peranan menangani ancaman dan jenayah siber dengan membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber.

Perdana Menteri berkata, rasa bertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi digital penting bagi mewujudkan persekitaran siber yang yang positif dan sejahtera.

Beliau menyifatkan teknologi digital banyak membantu melancarkan aktiviti harian, tetapi penyalahgunaan teknologi masih berlaku dengan berleluasa.

“Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan ahli Keluarga Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek kehidupan mereka. Keadaan ini menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi dan sosial, norma baharu.

“Namun, situasi ini telah menyebabkan kebanyakan kita alpa dalam untuk menjaga adab dan etika walaupun dalam dunia siber.

“Teknologi digital banyak membantu serta melancarkan aktiviti kita, tetapi penyalahgunaan teknologi masih berlaku termasuklah dalam penggunaan Internet dan media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, sehingga muncul pelbagai jenis ancaman serta jenayah siber,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 Edisi Malaysia yang bertemakan K.I.T.A Siber.

Justeru, katanya, Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk membentuk sahsiah dan kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam ekosistem siber agar ancaman dan jenayah siber dapat ditangani.

“Saya menyeru kepada Keluarga Malaysia supaya terus memupuk sikap kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain dengan mengamalkan kaedah komunikasi, mengambil kira inklusif dan tanggungjawab di samping meningkatkan keakraban bagi membentuk komuniti digital yang harmoni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya