Barang naik harga: Kredibiliti kerajaan, kementerian dipersoal rakyat -

Barang naik harga: Kredibiliti kerajaan, kementerian dipersoal rakyat

PELANGGAN membuat pilihan untuk membeli ayam segar di sebuah pasar raya di Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAU: Rakyat mempersoal kredibiliti kerajaan dan kementerian berkaitan yang disifatkan seolah-olah terlepas kawalan terhadap golongan pembekal serta pemborong sehingga menyebabkan harga barangan keperluan naik mendadak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Biro Sosial Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, selaku pemimpin kecil di tanah rancangan itu, dia ‘turut lemas’ dengan pertanyaan anak buah serta warga peneroka berkaitan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurutnya, isu minyak masak subsidi, harga ayam dan telur, barangan keperluan harian termasuk kenaikan mendadak baja dan racun serta lain-lain perlu segera ditangani oleh kerajaan.

“Sebagai contoh isu kekurangan ayam dan telur di pasaran cukup merunsingkan pengguna terutama penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu mencari punca kenaikan harga barangan yang terlalu cepat dan perlu segera mengatasinya demi rakyat. Elakkan berpolitiking,” katanya di sini semalam.

Seorang peniaga roti canai Warisan Pak Din, Wahi Nordin, 43, dari Jerantut mengakui sudah dua hari tidak mendapat bekalan telur berikutan pasar raya di daerah ini kehabisan stok.

Menurutnya, pada hari-hari biasa, sebanyak 250 hingga 300 keping roti telur dijual, tetapi sejak dua hari lalu hanya roti kosong ditawarkan kepada pelanggan.

Pengerusi Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) negeri, Rohani Mahat, 48, pula berharap pihak kementerian menggunakan kuasanya mengawal kenaikan harga barangan yang kelihatan tidak terkawal.

“Kenaikan harga barangan yang di luar amalan biasa turut meresahkan peniaga kecil Melayu kerana margin keuntungan rendah.

“Ini disebabkan peniaga tidak sanggup menjual produk lebih tinggi kerana mengetahui kemampuan pendapatan pengguna yang tidak berubah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya