Banjir: Satu PPS dibuka di Setiu - Utusan Malaysia

Banjir: Satu PPS dibuka di Setiu

BEBERAPA kanak-kanak meredah banjir yang melimpah di atas jalan di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hujan berterusan menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Setiu hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, seramai empat mangsa daripada sebuah keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Bahagia itu bermula pukul 11 pagi.

Sementara itu, pemerhatian di laman web Public Infobanjir mendapati Stesen Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu kini melepasi paras bahaya manakala tiga lagi stesen di tahap amaran.

“Setakat pukul 2.45 petang ini, Stesen Sungai Nerus di Kampung Langkap (Setiu) di samping Sungai Telemong, Kuala Ping (Hulu Terengganu) dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (Marang) melepasi paras amaran.

“Tiga lagi stesen termasuk dua di Setiu dan di Sungai Tebak di Kemaman pula di tahap waspada,” katanya di sini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya