Azab tersepit 10 minit, kereta terbalik - Utusan Malaysia

Azab tersepit 10 minit, kereta terbalik

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas terbalik dalam kemalangan di Jalan Bukit Rotan di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pemuda menanggung azab kira-kira 10 minit apabila tersepit dalam kereta dinaikinya yang terbalik di Jalan Bukit Rotan di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Sharul Hafizan Mohd Tauhed, 20, dipercayai menaiki kereta Proton Saga yang dipandu rakannya, Muhammad Faiz Mahamed Jafarulla, 20. 

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kereta mangsa dari arah Ijok ke Kuala Selangor itu bagaimanapun terbabas dan terbalik di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.03 malam.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati Muhammad Sharul iaitu penumpang itu masih tersepit di tempat duduk belakang kereta tersebut.

“Pemandu Saga itu pula didapati sudah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, mangsa berjaya dikeluarkan pihaknya dalam tempoh kurang 10 minit.

“Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada petugas perubatan Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Operasi berkenaan berakhir sepenuhnya pada pukul 10.28 malam,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN