Anggota maut: Seluruh warga JPJ zahir takziah - Utusan Malaysia

Anggota maut: Seluruh warga JPJ zahir takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan tertinggi dan seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggotanya yang maut ketika mengejar penunggang motosikal dalam operasi berhampiran Plaza Tol Gombak di sini hari ini. 

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Azizi Azizan berusia 29 tahun. 

Melalui perkongsian di Facebook JPJ, Allahyarham Muhammad Azizi berkhidmat sebagai pembantu penguat kuasa di Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya di sini hari ini. 

Media hari ini melaporkan seorang anggota JPJ maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila mangsa dikatakan sedang bertugas dalam satu operasi motosikal.

Kemudian seorang penunggang motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan mangsa bertindak mengejar suspek.

Bagaimanapun, motosikal ditunggangi mangsa terbabas menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN