Ambil dos penggalak - Khairy - Utusan Malaysia

Ambil dos penggalak – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai untuk mengambil suntikan dos penggalak wabak Covid-19 buat mereka yang masih belum menerimanya.

Beliau berkata, ini bagi memberikan perlindungan gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU). 

“Walaupun vaksin boleh mengurangkan jangkitan, tujuan utama vaksin Covid-19 adalah mengurangkan keseriusan gejala. 

“Dengan dos penggalak perlindungan anda daripada gejala serius yang boleh menyebabkan kemasukkan ke hospital/ICU lebih baik. Ambil dos penggalak,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hantaran Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalai Peariasamy berhubung kajian terkini ICR. 

“Kajian terkini ICR menunjukkan lebih 90 peratus keberkesanan terhadap jangkitan Covid-19 daripada vaksin primer dengan dos penggalak berbanding dua dos lengkap. 

“Perlindungan vaksin heterologous  (dua dos vaksin Sinovac + vaksin Pfizer) lebih tinggi berbanding vaksin homologous (tiga dos Sinovac),” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN