Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor hingga Selasa - Utusan Malaysia

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor hingga Selasa

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka berlaku beberapa tempat di Pahang dan Johor sehingga Selasa ini. 

Menurut Met Malaysia, hujan berterusan diramalkan berlaku di Rompin, Pahang, dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor. 

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin); Johor (Mersing dan Kota Tinggi) dalam tempoh Isnin, 7 Februari 2022 hingga Selasa, 8 Februari.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hingga hari ini. 

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN