PETALING JAYA : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama terutama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan setelah warga kota dilihat kembali ke ibu negara selepas cuti umum Tahun Baharu Cina berakhir pada hari ini.
Setakat pukul 4 petang, trafik perlahan di beberapa lokasi utama.
Menurut akaun Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia antara lokasi terlibat adalah Permatang Pauh ke Perai, Juru Auto City ke Jawi, Sungai Perak ke Terowong Menora, Ipoh Utara ke Simpang Pulai.
Selain itu, daripada arah utara, trafik perlahan membabitkan lokasi seperti Sedenak-Simpang Renggam dan Simpang Renggam-Machap.
“Sesak 11KM Hentian Sebelah Tangkak-Ayer Keroh (kemalangan KM 177.7 NB), sebelum keluar Tol Tangkak, sebelum masuk Tol Ayer Keroh, RnR Senawang-Port Dickson dan sebelum masuk Tol Port Dickson,” ciap Twitter @LLMinfotrafik.
Selain itu @LLMinfotrafik memaklumkan trafik masih perlahan di lokasi arah Barat ke Kuala Lumpur iaitu Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong dan sebelum masuk Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.










