Adakalanya saya tak berharap nak pulih... - Tun M

Adakalanya saya tak berharap nak pulih – Tun M

DR. MAHATHIR Mohamad menunjukkan perkembangan kesihatan baik dan berjalan sekitar tasik Putrajaya. - FOTO/PEJABAT MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif apabila bekas Perdana Menteri itu tampil membuat ucapan ringkas menerusi rakaman video.

Dalam rakaman video itu, beliau dilihat berjalan-jalan di sekitar Tasik Putrajaya dan menikmati sarapan pagi bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Mengulas mengenai kesihatannya, Dr. Mahathir berkata, beliau adakalanya tidak mengharapkan untuk pulih, tetapi dengan rawatan yang diberikan di Insititut Jantung Negara (IJN), beliau diberi kesembuhan dan pulih.

“Saya ucap terima kasih kerana ramai mendoakan untuk saya pulih dan hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk.

“Adakalanya saya tak harap nak pulih tetapi Alhamdulillah dengan rawatan diberi di IJN, saya pulih.

“Waktu ini, saya boleh berjalan, saya boleh makan, saya boleh tidur, saya boleh duduk, saya almost macam biasalah, tetapi tak lah begitu kuat nak buat kerja apa semua. Tetapi saya harap saya akan pulih,” katanya.

Dr. Mahathir dibenarkan keluar dari IJN sejak 5 Februari lalu selepas dimasukkan ke pusat rawatan itu pada bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN