400 penumpang feri ke Kuala Perlis terkandas lapan jam, feri rosak - Utusan Malaysia

400 penumpang feri ke Kuala Perlis terkandas lapan jam, feri rosak

SEBAHAGIAN penumpang yang terkandas di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lebih 400 penumpang feri yang ingin ke Kuala Perlis terkandas selama lapan jam dipercayai berpunca daripada feri rosak dan air surut di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini semalam.

Feri yang dijadualkan berlepas pada pukul 2.30 petang itu dikatakan mengalami kerosakan dan selepas itu perjalanan tersebut ditangguhkan kepada pukul 10.30 malam kerana air surut di Kuala Perlis.

Dalam hantaran yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Shuhaimi Zulkefli menunjukkan suasana tegang di antara penumpang yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan menaiki feri walaupun telah menunggu lama di Terminal Feri Penumpang Kuah.

Salah satu video yang ditularkan dalam hantaran tersebut juga menunjukkan satu pengumuman dibuat oleh pekerja feri tersebut menyatakan feri tidak boleh beroperasi pada waktu yang dijadualkan kerana air surut di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis.

“Penumpang ini terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam,” katanya.

Shuhaimi turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan suasana balai berlepas Terminal Feri Penumpang yang penuh sesak dengan penumpang terkandas.

Jelasnya, fenomena air laut surut dan selut yang terlalu tebal di muara Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis menyebabkan perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Perlis ditunda setelah penumpang sudah diarahkan beratur untuk menaiki feri.

Dia menyatakan, kerja-kerja mendalamkan dasar laut dan membuang lumpur di laluan feri sepatutnya dikawal selia oleh kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.