16 PATI gagal lolos ke Lembah Klang - Utusan Malaysia

16 PATI gagal lolos ke Lembah Klang

PATI yang ditemukan di dalam lori di Kampung Batu Karang, Pasir Mas, kelmarin. - PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perjalanan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Lembah Klang dengan menaiki lori terhenti apabila mereka dicekup anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), petang kelmarin.

Kesemua PATI berusia lingkungan 20-an itu ditahan dalam pemeriksaan di Kampung Batu Karang, Pasir Mas pada pukul 6 petang dan mereka dipercayai menuju ke Lembah Klang untuk bekerja.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintenden Mat Shukor Yusof berkata, hasil pemeriksaan itu, pasukannya turut menahan pemandu dan kelindan lori yang berusia lingkungan 30-an.

“Selepas menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludupan PATI, kita membuat pemantauan di kawasan berkenaan sebelum berjaya menahan lori terbabit.

“Pemeriksaan lanjut di belakang lori jenis Isuzu tersebut membawa kepada penemuan 16 warga Myanmar yang kesemuanya tiada dokumen diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Shukor berkata, kesemua PATI dan dua lelaki terbabit yang merupakan tekong darat diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Dua tekong darat itu disiasat kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara tidak sah dan terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 26(J) Atipsom2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/1963,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya