Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda

KEADAAN kereta Perodua Kancil dipandu Mohammad Zawawi Abdullah selepas dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 2, Jalan Ajil-Kuala Berang di Hulu Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 2, Jalan Ajil-Kuala Berang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, mangsa, Mohammad Zawawi Abdullah, 61, dari Kampung Bukit Kolam, Ajil meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang memandu Perodua Kancil secara bersendirian dikatakan tiba-tiba menukar laluan ke sebelah kanan bagi membuat pusingan U di hadapan sebuah kilang.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Hilux yang berusia 29 tahun gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Berang tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala warga emas itu meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd. Adli berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya