Wanita dipercayai hilang selepas keluar mencari lembu  - Utusan Malaysia

Wanita dipercayai hilang selepas keluar mencari lembu 

A .SIVAPAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas dipercayai hilang ketika mencari lembu di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, semalam

Wanita terbabit. A. Sivapaki, 62, dipercayai hilang dan tidak pulang ke rumah sejak pukul 11 pagi semalam. 

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba Rantau, Lockmanurhakim Basirun berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 1.15 petang tadi dan tiba sembilan minit kemudian. 

“Setibanya di lokasi kejadian, kami telah memulakan pencarian di sekitar kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah. Saya dimaklumkan mangsa telah memasuki kawasan ladang pada pulang 11 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah hingga ke hari ini. 

“Pasukan bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejauh tujuh kilometer,” ketika di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Nazimudin selamat, 73, berkata, Sivapaki sering membawa lembu peliharaanya di kawasan ladang sawit sekitar kampung berkenaan.

“Saya sering melihat dia menjaga dan membawa lembu di kawasan setiap pagi hingga ke petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya